Peringkat: Darjah P4A
Unit: 1 - Kegiatan Kokurikulum
Pelajaran: 5
Objektif Pelajaran:
1. mendengar wawancara mengenai kokurikulum dan menyatakan isi-isi penting dan sampingan – 1.1.2 (T2)
2. membaca dialog mengenai wawancara dengan sebutan dan intonasi yang betul 3.1.1 (T2)
3. menggunakan ayat tunggal dengan betul
Bahan online: ADT
Langkah: Pra-aktiviti/Induksi
1. Murid-murid diperdengarkan dengan podcast Variaskop (warna.sg)- temuramah TG dengan Hady Mirza (Wow!)
2. Guru menyoal murid-murid tentang wawancara tersebut.
Siapa yang diwawancara?
Siapa yang mewawancara?
Siapakah penyanyi yang disebutkan oleh Hady?
Apakah persembahan Hady yang akan datang?
(Guru boleh menambah soalan)
Bahan: lelaman warna.sg
Langkah: Aktiviti Utama
1. Guru mengagihkan kad gerak kerja (mengandungi arahan bagi tugasan yang perlu dilaksanakan. Setiap kumpulan mempunyai tugasan yang berbeza). Guru boleh mengajukan soalan rangsangan seperti berikut:
Siapakah yang menggalakkan Imran menyertai kegiatan itu?
Apakah ciri-ciri fizikal Imran?
Apakah faedah menyertai kegiatan ini?
Apakah peranan Imran dalam pasukan?
(Guru boleh tambah soalan lain)
2. Murid-murid diperdengarkan dengan wawancara yang terdapat dalam MDT.
3. Secara berkumpulan, murid-murid melengkapkan tugasan mereka.
4. Setiap kumpulan membentangkan dapatan mereka
Bahan:
1. Kad Gerak Kerja
2. Lembaran Kerja (untuk murid-murid mencatatkan dapatan mereka)
3. ADT (Wawancara Menjadi Anggota Pasukan Bola Sepak Sekolah
Langkah: Aktiviti Lanjutan
1. Guru memilih murid / murid secara sukarela membacakan dialog (yang telah diperdengarkan tadi atau yang guru sediakan sendiri)
2. Guru menyoal murid berdasarkan dialog yang telah dibacakan ini. (Soalan diajukan dengan mempunyai jawapan yang menggunakan Ayat Tunggal.)
3. Dialog (dicetak mengikut bilangan murid untuk dibacakan oleh murid)
4. Soalan rangsangan diajukan berdasarkan dialog tersebut.
Langkah: Penutup
1. Guru bertanyakan kepada murid-murid, apakah soalan yang ingin diajukan kepada Hady Mirza sekiranya berpeluang bertemu dengannya.
2. Murid-murid diperdengarkan sebuah lagu dendangan Hady Mirza. (Guru boleh memilih kumpulan yang berjaya mengajukan soalan yang menarik, untuk memilih sebuah lagu persembahan Hady Mirza, untuk sama-sama dinikmati)
3. Lagu-lagu nyanyian Hady Mirza.
Isnin, 25 Februari 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan