Selasa, 26 Februari 2008

Unit 1

Pelajaran: 4

Objektif Pelajaran:
1. mendengar wawancara dan menyatakan isi-isi penting dan sampingan.
2. membaca dialog dengan sebutan dan intonasi betul.
3. menggunakan ayat tunggal dengan betul.

Bahan online: ADT & BDDT


Langkah: Pra-aktiviti/Induksi

1. Guru menayangkan gambar-gambar dari bahan digital berkenaan kegiatan kokurikular yang ada dalam MDT.
2. Murid-murid menyatakan jenis-jenis kegiatan kokurikular yang ditayangkan.
3. Murid-murid berkongsi kegiatan kokurikular lain yang mereka sertai di sekolah.


Langkah: Aktiviti Utama
1. Murid-murid mendengar wawancara dari ADT.
2. Bincangkan isi-isi utama dan sampingan wawancara tersebut.
3. Secara berkumpulan murid menyiapkan dialog wawancara mengenai kegiatan kokurikular yang dipilih. Murid boleh menggunakan soalan-soalan yang terdapat dalam Buku Teks.
4. Murid membaca dialog yang telah disiapkan kumpulan masing-masing.
5. Murid mengecam beberapa ayat tunggal daripada dialog yang telah dibacakan oleh kawan-kawan mereka.


Langkah: Aktiviti Lanjutan
1. Guru menampal gambar-gambar kegiatan kokurikular di dinding sekeliling kelas.
2. Secara berkumpulan, murid membina ayat-ayat tunggal dan menampal “post-it” yang diberi pada gambar yang sesuai.
3. Guru menyuruh murid-murid melakukan “galeri walk” di sekeliling kelas. Murid membaca ayat-ayat tunggal yang dibina kumpulan lain.


Langkah: Penutup
1. Guru membuat rumusan dengan menyoal beberapa orang murid tentang pentingnya menyertai kegiatan kokurikular.

Tiada ulasan: