Oleh Cikgu Dayana, Cikgu Hana & CIkgu Zubaidah
Peringkat: Darjah 4
Unit: 6
Pelajaran: 4
Objektif Pelajaran:
Pada akhir pelajaran, murid dapat:
· Membaca dialog perbualan antara Amin dan Dibot dengan sebutan dan intonasi yang betul berdasarkan tanda baca dengan lancar.- 3.1.3(T2)
· Memberikan perkataan yang berlawan/berpasang berdasarkan konteks.
Bahan: BIDT - Latihan interaktif Kata Berlawan / Berpasang
Pra-aktiviti/Induksi
1. Guru menayangkan gambar yang terdapat di BDT.
2. Murid-murid menyatakan perbezaan antara teknologi lama dan baru. Contohnya:
Penggunaan Mesin Taip
Komputer
Bahan: BDDT
Aktiviti Utama
1. Murid-murid membaca teks yang terdapat di Buku Teks halaman 90-91 dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2. Murid-murid berbincang tentang teks yang mereka baca.
3. Guru menjemput beberapa orang murid ke hadapan untuk melakonkan teks.
Bahan:
1. Buku Teks
2. Topeng Dibot
Aktiviti Lanjutan
1. Murid-murid membincangkan perkataan berlawan / berpasang yang terdapat di Buku Teks halaman 92. Contohnya: Kecil –besar
2. Murid-murid mencari perkataan berlawan / berpasang yang terdapat di dalam teks yang mereka baca. Contohnya:
· Ringan - berat
· Mudah - sukar
· Untung - rugi
· Mengirim - menerima
3. Bagi murid-murid di tahap 1, guru memberikan perkataan tersebut.
4. Murid-murid membuat latihan berlawan/berpasang yang terdapat di MDT.
Penutup
1. Murid-murid diberikan perkataan berlawan / berpasang dalam bentuk kad imbasan.
2. Mereka harus mencari perkataan berlawan/berpasang di kalangan mereka.
3. Mereka menampal kad imbasan ini di dinding.
4. Guru merumuskan pelajaran hari ini.
Bahan:
1. Kad imbasan
2. Blue Tac
Khamis, 6 Mac 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan