Oleh Cikgu Nazhatulshima Abu Samah & Noor Azleen Sarbini
Peringkat: 4A
Unit: 2
Pelajaran: 4
Objektif Pelajaran:
Pada akhir pelajaran,murid dapat
1. Membaca dialog antara raja dnegan Kamal dengan sebutan dan intonasi yang betul - 3.1.1 (T2)
2. Berbual dengan menggunakan kata ganti nama diri.
Bahan: Bacaan Interaktif
Praaktiviti/Induksi
1. Guru berkongsi mimpinya dengan murid-murid.
2. Beberapa orang murid dipilih untuk berkongsi mimpi mereka.
Aktiviti Utama
1. Murid mendengar bahan bacaan dalam MDT.
2. Guru mengedarkan skrip bacaan kepada murid-murid.
3. Murid-murid membaca secara senyap untuk memahami jalan cerita.
4. Guru memilih beberapa orang murid dari Tahap 1 dan 2 untuk menunjukkan cara membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Bahan:
1. ADT ‘Mimpi Kamal’
2. Lampiran 1 (Teks dialog ‘Mimpi Kamal’)
Aktiviti Kedua
1. Guru akan membahagikan murid-murid mengikut tahap mereka.
Kumpulan Tahap 1:
· Boleh melihat dialog ketika berlakon.
Kumpulan Tahap 2:
· Tidak boleh melihat dialog tetapi guru akan memberikan panduan
Kumpulan Tahap 3:
· Harus berlakon dengan menggunakan dialog sendiri.
2. Sebagai pengukuhan, guru memilih beberapa orang murid yang candi untuk melakonkan watak-watak di dalam skrip berdasarkan dialog.
Bahan:
1. Lampiran 1 (Teks dialog ‘Mimpi Kamal’)
2. Rubrik
Aktiviti Lanjutan
1. Melengkapkan dialog: Murid-murid melengkapkan dialog di dalam Latihan 1 berkenaan kata ganti nama diri dalam Buku Aktiviti.
2. Melengkapkan petikan: Murid-murid melengkapkan Latihan 2 berkenaan kata ganti nama diri dalam Buku Aktiviti.
Bahan: Buku Aktiviti
Khamis, 6 Mac 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan