Oleh Cikgu Rozana Zainuri & Nor Aisah Isnian
Peringkat: Darjah 4
Unit: 2
Pelajaran: 2
Objektif Pelajaran:
1. mengenal pasti dan menerangkan kegunaan tumbuh – tumbuhan dalam masyarakat Melayu berdasarkan cerita yang didengar – 1.2.1 (T2)
2. mengkategorikan maklumat mengenai corak dan rekaan pakaian dengan panduan – 3.2.2 (T2)
Bahan online: VDT
Pra-aktiviti/Induksi
1. Gambar tumbuh-tumbuhan dalam PowerPoint ditayangkan untuk murid.
2. Murid memberi pandangan tentang fungsi tumbuh-tumbuhan tersebut.
3. Di dalam bilik darjah
4. Secara Individu
Bahan: kertas sebak
Aktiviti Utama
1. Murid menonton video berkenaan kesenian Melayu (batik, lukisan, ukiran, rumah Melayu, kraftangan Melayu, dll)
2. Murid memberikan pendapat tentang apa yang ditonton dalam klip video.
3. Murid mengaitkan mengapa corak tumbuh-tumbuhan menjadi motif utama dalam kesenian Melayu.
4. Secara Individu
Bahan:
1. VDT
2. kertas dan pena
Aktiviti Lanjutan
1. Murid menyampaikan pendapat tentang objek-objek lain yang mempunyai corak bunga dan daun menggunakan penyusun grafik.
2. Murid-murid membentangkan hasil kerja masing-masing di hadapan kelas.
3. Secara Berkumpulan
Bahan: kertas sebak (hasil kerja murid)
Penutup
1. Guru akan menayangkan gambar hasil rekaan yang berbentuk tumbuh - tumbuhan di PPT.
2. Murid diberikan projek mini.
3. Murid dikehendaki mereka motif baju santai menggunakan tumbuh – tumbuhan / pola yang berulangan di lembaran kerja.
4. Secara Individu
Bahan: Lembaran Kerja (hasil kerja murid)
Khamis, 6 Mac 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan