Khamis, 6 Mac 2008

Unit: 1

Oleh Cikgu Norashida & Elmi Zulkarnain

Peringkat: Darjah 4

Unit: 1

Pelajaran: 4

Objektif Pelajaran:

1. Murid dapat mendengar wawancara mengenai kokurikulum dan menyatakan isi-isi penting dan sampingan. (1.1.2)

2. Murid dapat membaca dialog mengenai wawancara dengan sebutan dan intonasi yang betul. (3.1.1)

3. Murid dapat menggunakan ayat tunggal dengan betul.

Bahan: ADT


Pra-aktiviti/Induksi

1. Murid mewawancara rakan di sebelah mereka tentang aktiviti luar darjah mereka.


Aktiviti Utama

1. Guru memperdengarkan ‘Wawancara Menjadi Anggota Pasukan Bola Sepak Sekolah’.

2. Guru mengarahkan murid untuk mencatat isi-isi penting dan sampingan apabila wawancara diputarkan sekali lagi.

3. Guru berbincang dengan kelas tentang isi-isi yang murid telah catatkan dengan membuat perbandingan dengan isi-isi yang dicatat guru.


Aktiviti Lanjutan

1. Murid diberikan masa untuk membaca dialog wawancara bersama rakan mereka.

2. Guru memilih beberapa orang murid untuk membaca di hadapan kelas.

3. Guru memberikan komen tentang pembacaan murid.


Penutup

1. Murid menulis teks wawancara menggunakan ayat tunggal dan melakonkan wawancara itu di hadapan kelas.

2. Guru memberikan komen tentang lakonan dan teks wawancara murid.

Tiada ulasan: