Khamis, 6 Mac 2008

Unit: 1

Oleh Cikgu Fauziah dan Cikgu Durrah

Peringkat: Darjah 4

Unit: 1

Pelajaran: 5

Objektif Pelajaran:

1. Mendengar wawancara mengenai kokurikulum & menyatakan isi-isi penting dan sampingan.

Membina ayat tunggal dengan betul.

Bahan online: ADT


Pra-aktiviti/Induksi

1. Murid-murid membawa alat / benda yang berkaitan dengan kokurikulum mereka dan berkongsi mengenainya dengan rakan-rakan sekelas.


Aktiviti Utama

Langkah 1

1. Murid-murid mendengar ADT mengenai kokurikulum dan mencatatkan isi-isi penting secara berkumpulan menggunakan peta minda yang diberikan oleh guru.

Bahan: ADT


Langkah 2

1. Menggunakan isi-isi penting itu, murid-murid membentangkan apa yang telah mereka catatkan menggunakan ayat tunggal yang lengkap.

Catatan:

1. Guru boleh menyediakan kerangka peta minda untuk membantu murid-murid.

2. Kerangka peta minda haruslah mengandungi 6 Kata Tanya sebagai panduan (Siapakah, Bilakah, Bagaimanakah, Di manakah, Mengapakah, Apakah.)


Aktiviti Lanjutan

Langkah 1

1. Guru memberi gambar yang berkaitan dengan kokurikulum.yang berbeza kepada setiap kumpulan. Murid-murid membina ayat tunggal berdasarkan gambar tersebut secara berkumpulan.

Langkah 2

1. Murid-murid membentangkan hasil kerja mereka dengan rakan-rakan sekelas.

Catatan: Jumlah ayat tunggal berdasarkan tahap keupayaan murid-murid


Penutup

1. Sebagai latihan pengukuhan, murid-murid dikehendaki mengembangkan idea-idea yang telah mereka kongsi mengenai gambar kumpulan mereka.

Catatan: Ini boleh dilakukan secara individu (T3/T2) atau berpasangan (T1)

Tiada ulasan: