Khamis, 6 Mac 2008

Unit: 6

Oleh Cikgu Yati & Cikgu Hanim

Peringkat: Darjah 4

Unit: 6

Pelajaran: 4

Objektif Pelajaran:

Pada akhir pelajaran murid dapat:

1. Membaca dialog perbualan antara Amin dan Dibot dengan sebutan dan intonasi yang betul berdasarkan tanda baca dengan lancar - 3.1.1 ( T2 )

2. Menuliskan e-mel balasan berdasarkan rangsangan - 4.3.2 ( T2 )

3. Memberikan perkataan yang berlawan / berpasang berdasarkan konteks.

Bahan: Latihan interaktif ‘Kata berlawan dan Berpasang’


Pra-aktiviti/Induksi

1. Dua orang murid telah dilatih untuk melakonkan dan membaca dialog dengan baik ,watak Dibot dan Amin untuk menghidupkan watak yang terdapat di dalam BT.

2. Pelaku dan murid menggunakan prop komputer riba dan pakaian robot yang telah disiapkan menggunakan bahan-bahan terpakai terlebih dahulu.


Aktiviti Utama

1. Murid membaca dialog secara berpasangan .


Aktiviti Lanjutan

1. Secara berpasangan ,murid mengenalpasti kata berlawan/berpasang di dalam dialog yang dibaca dan membuat latihan.
2. Murid berbincang dan mencatatkan perbezaan di antara Komputer meja dan Komputer riba.

3. Guru menyediakan lampiran untuk latihan.

4. Murid merujuk kepada pelajaran dua dan membuat latihan 1 di BA ms 84 secara berpasangan di makmal komputer dan dicetak , kemudian ditampal.

Tempat: Di makmal komputer


Penutup

1. Murid bermain permainan kata berlawan di MDT. Tempat: Di makmal komputer

Tiada ulasan: