Oleh Cikgu Sulima & Cikgu Zuraini
Peringkat: Darjah 4
Unit: 2
Pelajaran: Alangkah indahnya tumbuh-tumbuhan
Objektif Pelajaran:
1. Murid-murid dapat membaca dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2. Murid-murid dapat menyampaikan maklumat mengenai tiga jenis tumbuh-tumbuhan dan khasiatnya dengan menggunakan pelbagai ayat.
3. Murid-murid dapat berbual dengan menggunakan kata ganti nama diri.
Bahan: BIDT – ‘Mimpi Kamal’
Pra-aktiviti/Induksi
1. Guru akan membawa bahan-bahan seperti mahkota ( yang diperbuat daripada kertas), keris dan tanjak.
2. Guru bertanya kepada murid-murid apa yang telah dibawanya dan kegunaan bahan-bahan tersebut.
3. Guru memainkan video ‘Mimpi Kamal’ kepada murid-murid.
4. Guru akan berbincang mengenai video tersebut.
Aktiviti Utama
1. Murid-murid mengecam kata ganti nama diri (incidental learning). Contoh: Guru bertanya apakah panggilan yang digunakan bagi diri raja apabila bercakap dengan rakyatnya. (beta, hamba, patik dll)
2. Murid-murid melakonkan watak raja dan Kamal. (berpandukan video)
3. Guru menanyakan mengenai panggilan diri kita yang digunakan dalam perbualan setiap hari.
4. Murid-murid akan membina ayat secara spontan dengan menggunakan kata ganti nama diri. (saya, kita, mereka dll)
Aktiviti Lanjutan
1. Murid-murid dibahagikan dalam kumpulan untuk mencari maklumat di dalam internet mengenai jenis tumbuh-tumbuhan dan khasiatnya.
2. Selepas mendapat maklumat,
Tahap 1
Murid-murid dikehendaki memberi kata nama tumbuh-tumbuhan tersebut dan khasiatnya. (secara ringkas)
Tahap 2
Murid-murid dikehendaki menyampaikan maklumat itu dengan menggunakan ayat yang lengkap.
Tahap 3
Murid-murid dikehendaki menyampaikan maklumat itu dengan menggunakan ayat yang lengkap serta memberi pandangan mereka tentang tumbuhan dan khasiatnya.
Catatan: Bahan yang disediakan oleh guru sebagai ‘back up’.
Penutup
1. Murid-murid diberi kerja bertulis mengenai tumbuh-tumbuhan dan khasiatnya.
Bahan: Lembaran Kerja
Khamis, 6 Mac 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan