Khamis, 6 Mac 2008

Unit: 4

Oleh Cikgu Suriana & Cikgu Rahayu

Peringkat: Darjah 4A

Unit: 4

Pelajaran: 5

Objektif Pelajaran:

Menerangkan sebab dan akibat pencemaran laut – 2.2.2 (T2)

Menjana idea utama dan isi-isi sampingan untuk mengarang cerita berdasarkan gambar bersiri – 4.2.1 (T2)

Menggunakan frasa adjektif dalam ayat

Bahan: Permainan Interaktif ‘Banyaknya Ikan’


Pra-aktiviti/Induksi

Guru menunjukkan gambar dasar laut yang indah, jernih dan didiami oleh hidup-hidupan laut yang berbagai-bagai, contohnya segmen video “NEMO”.

Murid memberi respons tentang keadaan laut yang dilihat.

Guru menunjukkan pula gambar keadaan laut yang tercemar.

Murid membuat perbandingan antara kedua-dua gambar/situasi.


Bahan:

VCD “Finding Nemo”

Slaid gambar pencemaran laut


Aktiviti Utama

1. Guru membahagikan kelas kepada 2 kumpulan. Kumpulan 1 diberikan senario sebagai hidupan yang tinggal di laut yang jernih manakala Kumpulan 2 tinggal di laut yang tercemar.

2. Murid-murid dikehendaki membayangkan keadaan kehidupan masing-masing dan memberi respons tentang pengalaman mereka.

3. Guru mencatatkan kata/frasa adjektif yang diberikan murid.

4. Murid membina ayat secara lisan mengenai kata/frasa adjektif tersebut.

5. Murid bermain Permainan Interaktif ‘Banyaknya Ikan’ sebagai aktiviti pengukuhan.


Aktiviti Lanjutan

1. Guru memberi gambar bersiri 4 (Gambar 4 - ?) mengenai pencemaran laut.

2. Murid menceritakan gambar secara lisan.

3. Murid membuat latihan karangan mengenai gambar bersiri.


Penutup

1. Guru perdengarkan lagu “Hijau” mengenai pentingnya menjaga alam sekitar.

2. Guru memancarkan senikata lagu dan murid menyanyikannya beramai-ramai.

Tiada ulasan: