Oleh Cikgu Nur & Cikgu Nor
Peringkat: Darjah 4A
Unit: 5
Pelajaran: 4
Objektif Pelajaran:
1. membaca dialog perbualan antara Amin dan Dibot dengan sebutan dan intonasi yang betul berdasakan tanda baca dengan lancar. (T1)
2. menulis e-mel balasan berdasarkan rangsangan. (T2)
3. memberikan perkataan yang berlawan/berpasang berdasarkan konteks. (T3)
Bahan: BIDT
Pra-aktiviti/Induksi
1. Murid-murid didedahkan dengan cerita-cerita yang berkenaan dengan sejarah Singapura. Cth : Singapura Dilanggar Todak.
Aktiviti Utama
1. Murid-murid diarahkan untuk membuat sebuah dialog berdasarkan kumpulan masing-masing. (T2)
2. Setiap kumpulan akan diberikan sekeping gambar. Murid harus berbincang di dalam kumpulan dan melakarkan dialog berdasarkan gambar tersebut.
3. Tanda baca harus dibubuhkan di dalam dialog tersebut.
4. Dua orang daripada kumpulan tersebut akan membacakan dialog tersebut.
Aktiviti Lanjutan
1. Berdasarkan dialog tersebut, murid-murid harus mengenal pasti perkataan-perkataan berlawan/berpasang yang mungkin ada.
2. Satu kumpulan akan senaraikan perkataan-perkataan tersebut.
3. Murid akan menguji rakan mereka daripada kumpulan lain.
4. Murid-murid boleh menggunakan bahan MDT (Harta Karun) untuk membina soalan-soalan perkataan berlawan/berpasang
Penutup
1. Murid-murid akan menuliskan sebuah e-mel kepada rakan mereka dan memberikan refleksi mereka tentang cerita-cerita mengenai sejarah Singapura.
2. Menggunakan e-mel
Khamis, 6 Mac 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan